Sistem tertutup Tol

Rencana utama: Sistem tiket

Bagi lebuh raya tol, "sistem tertutup" merujuk kepada lebuh raya di mana pemandu mengambil tiket ketika memasuki lebuh raya, dan kemudian membayar tol semasa meninggalkan lebuh raya. Kadar tol dikira mengikut jarak yang dilalui pemandu. Di Malaysia, sebahagian besar jajaran Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur melaksanakan sistem tertutup. Sebaliknya, lebuh raya tol yang menggunakan "sistem terbuka" terdiri daripada plaza tol laluan utama ditempatkan pada jarak tertentu; pemandu boleh memasuki lebuh raya tol terbuka selepas satu plaza tol utama dan keluar sebelum melalui plaza tol yang seterusnya, menjadikan perjalanan di lebuh raya tersebut bebas tol. Kebanyakan lebuh raya tol terbuka mempunyai plaza tol jalan susur ataupun persimpangan capaian separa untuk mengelakkan keadaan tersebut.